Jenis Rekabentuk Logo

Logo ialah lambang atau tanda identiti (trademark) berbentuk 2D atau 3D, warna atau monokrom, geometri ratau organik, tipografi, abstrak bagi mewakili indentiti korporat sesebuah syarikat, produk dan perkhimatan. Logo terbahagi kepada 4 jenis :



Logo Huruf
Logo Simbol
Logo representasi
Logo Ambigram

LOGO HURUF

Logo huruf atau logo tipografi menggunakan fon atau muka taip bagi menghasilkan identiti koporat berbentuk imej logo. logo huruf berbentuk perkataan atau logo hurug ringkas (initials). Pendekatan tipografi perlu dimasukkan unsur grafik seperti garisan , imej, rupa organik atau geometrik, warna di dalam kandungan logo memperkembangkan identitinya. Gambar rajah di bawah merupakan contoh logo huruf sebuah syarikat kasut yang bernama Bata.

LOGO SIMBOL
Logo Simbol memberi sedikit tambahan rekabentuk ke dalam tanda identitinya berbanding dengan logo representasi (logo diskriptif). Terutamanya dalam penambahan unsur-unsur figura (rupa : organik, geometrik atau abstrak dan bentuk 2D atau 3D.










LOGO REPRESENTASI

Logo representasi tau dikenali dengan descriptive marks menggunakan imej visual yang mempunyai kaitan atau hubungkait secara langsung di antara di antara syarikat perniagaan dan produk, atau perkhimatan palanggan.





LOGO AMBIGRAM 
Ambigram merupakan seni tipografi (tulisan) dimana tulisan yang dihasilkan bukan hanya bisa dibaca satu arah, tetapi dapat pula dibaca dari arah sebaliknya (jika diputar 1800) baik dengan lafal yang sama maupun berbeda. Douglas R. Hofstadter (Akademisi Amerika) memberikan definisi ambigram sebagai “Calligraphic design that manages to squeeze two different readings into the selfsame set of curves.”